Majlis Ilmu Mingguan Surau Al-Islah Taman Bertam Jaya Melaka (03 Oktober 2015)
Diantara kupasan Oleh: Ustaz Sansujali bin Awang di dalam video ini.
1.Hati memainkan peranan yang baik untuk jasaniah.
2.Sahabat mengorbankan harta dan benda demi mendapatkan keredhaan Allah.
3.Hati memainkan peranan dalam kehidupan dengan niat. Hati yang baik dengan amalan yang baik. Hati yang rosak untuk perbuatan yang buruk.
4.Tengok movie 3 jam rasa tak cukup. Baca novel 200 ms tiada masaalah. Tetapi membaca Al Quran satu muka rasa susah.
5.Seorang pendita bani Israel dia berkata” aku telah melakukan banyak maksiat kepada Allah tetapi aku tidak mendapat azab daripada Allah”. Nabi berkata kamu telahpun diazabkan oleh Allah. Kerana …
6.Kita tidak seronok beribadat merupakan azab daripada Allah.
7.Selepas Umar wafat barulah fitnah berlaku berluas-luasa.
Majlis Ilmu Mingguan Surau Al-Islah Taman Bertam Jaya Melaka (04 Oktober 2015)
Diantara kupasan Oleh: Ustaz Sansujali bin Awang di dalam video ini.
1. Fitnah akan bermula selepas kewafatan Saidina Umar.
2. Fitnah besar ialah kemunculan Dajjal.
3. Dajjal akan cair selepas bertemu Nabi Isa.
4. Tidak akan kiamat sehingga manusia leka dengan kenikmatan dunia dan menjauhkan diri dengan akhirat. Kenapa hilang kelazatan beribadat contoh, tak nak datang ke surau kerana terasa kerugian masa pada pandangan mereka
5. Antara azab Allah kepada kita ialah kita malas buat ibadat dan menjauhi daripada perbuatan orang beriman.
6. Kita berasa masa berlalu dengan begitu cepat.
7. Sebelum datang kiamat Allah mencabut nyawa orang yang beriman.
8. Meramalkan bila kiamat berlaku, kafir. Kerana ianya rahsia Allah.
9. Kiamat tidak berlaku sehingga berluas-luasa hiburan didunia contohnya muzik.
10. Dajjal boleh hidupkan orang mati, boleh turunkan hujan, tumbuhan tumbuh, boleh tahan hujan dan pokok tidak tumbuh dengan izin Allah.
11. Nabi Isa turun di Baitulmukadis. Dan membunuh Dajjal. Orang yahudi dan kafir lari menyembunyikan diri.
12. Nama Imam Mahdi, Muhammad Abdullah. dari keturunan Rasullullah.
13. Nabi Nuh dikianati semasa membina bahtera.
14. Sahabat nabi pernah telah berjumpa Dajjal dan Rasullullah membenarkannya itulah Dajjal.
15. Iman Mahdi memerintah selama 7 tahun.
16. Sebelum kiamat matahari tidak keluar selama 3 hari dan terbit sebelah barat, pintu taubat telah ditutup.
17. Jika maklumat yang boleh menggangu keimanan kita dikira fitnah.