Monday, September 28, 2015

Menyukat Solat Diri - Kupasan Surah Al Fatihah


27 September 2015 - Kuliah Maghrib
Diantara kupasan dalam video ini
oleh Ustaz Kamaruzzaman bin Kasim.

1.     Iblis bersumpah dengan Allah menyesat anak adam kecuali mereka yang iklas.

2.     Solat mesti khusyuk bukan pilihan.
3.     Kupasan surah Al-Fatihah.
4.     Ayat ke 1 hingga 3 surah Al-fatihah- kita memuji Allah.
5.     Ayat ke 4 surah Al-fatihah- ikrar kita kpd Allah.
6.     Ayat ke 5 dan 6 surah Al-fatihah  doa  kita kpd Allah.

Ciri-Ciri Orang Yang Bertakwa 2



Diantara kupasan dalam video ini oleh Ustaz Kamaruzzaman bin Kasim.
1. Jika kamu bersyukur akan nikmatku aku tambahkan lagi nikmat ku.
2. Jika tidak bersyukur nikmatku, azab Allah amat pedih.
3. Tanda orang beriman mengimarahkan rumah Allah.(Datang ke Masjid)
4. Kejayaan kita yang sebenar mendapat syurga firdaus.
5. Ciri orang bertakwa dan beriman yang paling berjaya, khusyuk dalam solat, tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah, tunaikan zakat,jaga kehormatan mereka, melaksanakan amanah dan janji yang ditunaikan bersungguh2, menjaga solat bersungguh2 dengan melakukan solat diawal waktu, berbakti kepada kedua ibubapa.
6. Allah menyuruh kita Sedekahkanlah sebahagian rezeki yang Allah beri kepada kita.
7. Kita mengikut hawa nafsu lebih daripada kebenaran.
8. Bersedekah bukan sahaja dengan duit, tetapi ada berbagai cara yang lain yang dikira bersedekah.
9. Jika kita menjadi orang yang soleh, Allah beri kehidupan yang baik dan Allah beri ganjaran yang baik.
10. Memberi salam kepada orang islam.
11. Melapangkan ruang kepada orang lain
12. Memanggil dengan nama yang paling dia suka
13. Jangan merasa hina amal perbuatan yang baik walaupun kecil.

http://suraualislahmelaka.blogspot.com/

Ciri-Ciri Orang Yang Bertakwa 1


26 September 2015
Diantara kupasan dalam video ini
oleh Ustaz Kamaruzzaman bin Kasim.

Orang nak mati, mohon kepada Allah supaya tangguhkan kematian kerana hendak bersedekah.

Macammana menjadi orang yang bertakwa.
Ciri-ciri orang yang bertakwa.
1. Buat persediaan bersungguh2 untuk perjalanan jauh.(bertemu dengan Allah)
2. Kita hendaklah beramal seolah-olah kita berada dihadapan Allah.
3. Khusyuk dalam solat ...

http://suraualislahmelaka.blogspot.com/

Saturday, September 26, 2015

Beriman kepada hari akhirat bahagian 2 - Alam Kubur


Majlis Ilmu Mingguan Surau Al-Islah Taman Bertam Jaya Melaka (20 September 2015)
Diantara kupasan Oleh: Ustaz Sansujali bin Awang di dalam video ini.
1.      Dunia ini tempat ujian kita kepada Allah. Allah uji kita dengan melakukan berbagai syariat termasuklah Solat 5 waktu.
2.      Hakikat kehidupan akan berakhir dengan kematian. Dan kematian adalah permulaan kehidupan kita.
3.      Kubur akan berkata kepada orang yang masih hidup. Aku ni rumah yang dagang( Rumah tinggal sorang2). Aku rumah yang sunyi sepi. Sekarang urusan  akan diserahkan kepada ku. Bagaimana aku melayan kamu wahai orang yang beriman.
Kubur akan diluaskan sejauh mata memandang. Dan dibuka satu pintu syurga. Bau syurga dan merasai senang hati daripada kesenangan di dalam syurga.
4.      Dalam kubur kita akan mendapat kawan daripada amalan yang kita buat didunia.
5.      Jika orang berdosa/kafir. Kubur berkata. Kamu tidak dialu2 kan. Kamu adalah sebenci2 orang diatas muka bumi. Kubur mengepit sehingga tulang rusuk berselisih. Maka kedengaran jeritan azab kubur yang mengerikan.
Allah berfirman: Semua manusia dalam kerugian kecuali 4 perkara
i.          Orang yang beriman
ii.         Orang yg beramal soleh
iii.        Dan berpesan2 kpd kebenaran dan kesabaran
 

6.      70 ular besar dilepaskan kepada orang yang dalam kubur.
Jika bisa seekor ular tersebut jatuh kebumi maka tiada kehidupan dibumi. Ular akan mematuk orang dalam kubur tersebut sehingga hari kiamat.

Beriman kepada hari akhirat bahagian 1 - Alam Kubur



 
Majlis Ilmu Mingguan Surau Al-Islah Taman Bertam Jaya Melaka


Di antara kupasan Oleh: Ustaz Sansujali bin Awang dalam video ini
1.      Nikmat tertinggi yg Allah beri kpd kita islam dan iman.
2.      Orang bodoh adalah orang yg mengikut hawa nafsu dan berangan-angan untuk mendapat syurga Allah.
Orang cerdik melakukan perkara yang betul dan mendapat keredahan Allah.
3.      Orang yg didalam kubur seperti orang yang kelemasan bagi memohon doa daripada orang yang masih hidup.
4.      Orang didalam kubur diberi semula roh dan akal supaya mendapat nikmat atau azab berdsarkan kepada amalan masing-masing.
5.      Allah tidak menzalimi kita, tetapi kita yang menzalimi diri kita sendiri.
6.      Kubur boleh menjadi taman syurga, dan kubur boleh menjadi lubang neraka.
7.      Amalan Korban tanda syukur kita kepada Allah.
Amalan kita akan menjadi penghalang daripada di soal oleh malaikat munkar dan nankir.
8.      Di akhirat nanti Allah akan matikan makhluk mati supaya kita tidak mati lagi selepas itu untuk selama-lamanya.
9.      Didalam kubur, Allah pamirkan tempat tinggal kita nanti samaada syurga atau neraka pada waktu pagi dan petang.
10.  Hidup kita didunia adalah sementara. Mati adalah kiamat bagi diri kita.
11.  Solat sebagai syarat mendapat pahala. Jika kita tidak solat semua perbuatan baik yang kita lakukan tidak dapat pahala.
12.  Sunnah berwuduk dirumah utk pergi solat berjemaah disurau.
13. Melambatkan solat isyak bagi melakukan kebaikkan adalah sunnah.
14. Pelepah tamar yang dicucuk diatas kubur boleh meringankan azab orang yang didalam kubur selagi pelepah itu tidak kering.