Monday, October 12, 2015

Kuliah Maghrib - Keutamaan Solat Berbanding dengan ibadah lain
Disampaikan oleh : Ustaz Kamaruzzaman bin Kasim
11 Oktober 2015(Ahad)

Tuesday, October 6, 2015

Iman dan Hati



 Majlis Ilmu Mingguan Surau Al-Islah Taman Bertam Jaya Melaka (03 Oktober 2015)
Diantara kupasan Oleh: Ustaz Sansujali bin Awang di dalam video ini.

1. Hati memainkan peranan yang baik untuk jasaniah.
2. Sahabat mengorbankan harta dan benda demi mendapatkan keredhaan Allah.
3. Hati memainkan peranan dalam kehidupan dengan niat. Hati yang baik dengan amalan yang baik. Hati yang rosak untuk perbuatan yang buruk.
4. Tengok movie 3 jam rasa tak cukup. Baca novel 200 ms tiada masaalah. Tetapi membaca Al Quran satu muka rasa susah.
5. Seorang pendita bani Israel dia berkata” aku telah melakukan banyak maksiat kepada Allah tetapi aku tidak mendapat azab daripada Allah”. Nabi berkata kamu telahpun diazabkan oleh Allah. Kerana …
6. Kita tidak seronok beribadat merupakan azab daripada Allah.
7. Selepas Umar wafat barulah fitnah berlaku berluas-luasa.

Tanda-Tanda Kiamat

Majlis Ilmu Mingguan Surau Al-Islah Taman Bertam Jaya Melaka (04 Oktober 2015)
Diantara kupasan Oleh: Ustaz Sansujali bin Awang di dalam video ini.

1. Fitnah akan bermula selepas kewafatan Saidina Umar.
2. Fitnah besar ialah kemunculan Dajjal.
3. Dajjal akan cair selepas bertemu Nabi Isa.
4. Tidak akan kiamat sehingga manusia leka dengan kenikmatan dunia dan menjauhkan diri dengan akhirat. Kenapa hilang kelazatan beribadat contoh, tak nak datang ke surau kerana terasa kerugian masa pada pandangan mereka
5. Antara azab Allah kepada kita ialah kita malas buat ibadat dan menjauhi daripada perbuatan orang beriman.
6. Kita berasa masa berlalu dengan begitu cepat.
7. Sebelum datang kiamat Allah mencabut nyawa orang yang beriman.
8. Meramalkan bila kiamat berlaku, kafir. Kerana ianya rahsia Allah.
9. Kiamat tidak berlaku sehingga berluas-luasa hiburan didunia contohnya muzik.
10. Dajjal boleh hidupkan orang mati, boleh turunkan hujan, tumbuhan tumbuh, boleh tahan hujan dan pokok tidak tumbuh dengan izin Allah.
11. Nabi Isa turun di Baitulmukadis. Dan membunuh Dajjal. Orang yahudi dan kafir lari menyembunyikan diri.
12. Nama Imam Mahdi, Muhammad Abdullah. dari keturunan Rasullullah.
13. Nabi Nuh dikianati semasa membina bahtera.
14. Sahabat nabi pernah telah berjumpa Dajjal dan Rasullullah membenarkannya itulah Dajjal.
15. Iman Mahdi memerintah selama 7 tahun.
16. Sebelum kiamat matahari tidak keluar selama 3 hari dan terbit sebelah barat, pintu taubat telah ditutup.
17. Jika maklumat yang boleh menggangu keimanan kita dikira fitnah.

Monday, September 28, 2015

Menyukat Solat Diri - Kupasan Surah Al Fatihah


27 September 2015 - Kuliah Maghrib
Diantara kupasan dalam video ini
oleh Ustaz Kamaruzzaman bin Kasim.

1.     Iblis bersumpah dengan Allah menyesat anak adam kecuali mereka yang iklas.

2.     Solat mesti khusyuk bukan pilihan.
3.     Kupasan surah Al-Fatihah.
4.     Ayat ke 1 hingga 3 surah Al-fatihah- kita memuji Allah.
5.     Ayat ke 4 surah Al-fatihah- ikrar kita kpd Allah.
6.     Ayat ke 5 dan 6 surah Al-fatihah  doa  kita kpd Allah.

Ciri-Ciri Orang Yang Bertakwa 2



Diantara kupasan dalam video ini oleh Ustaz Kamaruzzaman bin Kasim.
1. Jika kamu bersyukur akan nikmatku aku tambahkan lagi nikmat ku.
2. Jika tidak bersyukur nikmatku, azab Allah amat pedih.
3. Tanda orang beriman mengimarahkan rumah Allah.(Datang ke Masjid)
4. Kejayaan kita yang sebenar mendapat syurga firdaus.
5. Ciri orang bertakwa dan beriman yang paling berjaya, khusyuk dalam solat, tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah, tunaikan zakat,jaga kehormatan mereka, melaksanakan amanah dan janji yang ditunaikan bersungguh2, menjaga solat bersungguh2 dengan melakukan solat diawal waktu, berbakti kepada kedua ibubapa.
6. Allah menyuruh kita Sedekahkanlah sebahagian rezeki yang Allah beri kepada kita.
7. Kita mengikut hawa nafsu lebih daripada kebenaran.
8. Bersedekah bukan sahaja dengan duit, tetapi ada berbagai cara yang lain yang dikira bersedekah.
9. Jika kita menjadi orang yang soleh, Allah beri kehidupan yang baik dan Allah beri ganjaran yang baik.
10. Memberi salam kepada orang islam.
11. Melapangkan ruang kepada orang lain
12. Memanggil dengan nama yang paling dia suka
13. Jangan merasa hina amal perbuatan yang baik walaupun kecil.

http://suraualislahmelaka.blogspot.com/

Ciri-Ciri Orang Yang Bertakwa 1


26 September 2015
Diantara kupasan dalam video ini
oleh Ustaz Kamaruzzaman bin Kasim.

Orang nak mati, mohon kepada Allah supaya tangguhkan kematian kerana hendak bersedekah.

Macammana menjadi orang yang bertakwa.
Ciri-ciri orang yang bertakwa.
1. Buat persediaan bersungguh2 untuk perjalanan jauh.(bertemu dengan Allah)
2. Kita hendaklah beramal seolah-olah kita berada dihadapan Allah.
3. Khusyuk dalam solat ...

http://suraualislahmelaka.blogspot.com/

Saturday, September 26, 2015

Beriman kepada hari akhirat bahagian 2 - Alam Kubur


Majlis Ilmu Mingguan Surau Al-Islah Taman Bertam Jaya Melaka (20 September 2015)
Diantara kupasan Oleh: Ustaz Sansujali bin Awang di dalam video ini.
1.      Dunia ini tempat ujian kita kepada Allah. Allah uji kita dengan melakukan berbagai syariat termasuklah Solat 5 waktu.
2.      Hakikat kehidupan akan berakhir dengan kematian. Dan kematian adalah permulaan kehidupan kita.
3.      Kubur akan berkata kepada orang yang masih hidup. Aku ni rumah yang dagang( Rumah tinggal sorang2). Aku rumah yang sunyi sepi. Sekarang urusan  akan diserahkan kepada ku. Bagaimana aku melayan kamu wahai orang yang beriman.
Kubur akan diluaskan sejauh mata memandang. Dan dibuka satu pintu syurga. Bau syurga dan merasai senang hati daripada kesenangan di dalam syurga.
4.      Dalam kubur kita akan mendapat kawan daripada amalan yang kita buat didunia.
5.      Jika orang berdosa/kafir. Kubur berkata. Kamu tidak dialu2 kan. Kamu adalah sebenci2 orang diatas muka bumi. Kubur mengepit sehingga tulang rusuk berselisih. Maka kedengaran jeritan azab kubur yang mengerikan.
Allah berfirman: Semua manusia dalam kerugian kecuali 4 perkara
i.          Orang yang beriman
ii.         Orang yg beramal soleh
iii.        Dan berpesan2 kpd kebenaran dan kesabaran
 

6.      70 ular besar dilepaskan kepada orang yang dalam kubur.
Jika bisa seekor ular tersebut jatuh kebumi maka tiada kehidupan dibumi. Ular akan mematuk orang dalam kubur tersebut sehingga hari kiamat.

Beriman kepada hari akhirat bahagian 1 - Alam Kubur



 
Majlis Ilmu Mingguan Surau Al-Islah Taman Bertam Jaya Melaka


Di antara kupasan Oleh: Ustaz Sansujali bin Awang dalam video ini
1.      Nikmat tertinggi yg Allah beri kpd kita islam dan iman.
2.      Orang bodoh adalah orang yg mengikut hawa nafsu dan berangan-angan untuk mendapat syurga Allah.
Orang cerdik melakukan perkara yang betul dan mendapat keredahan Allah.
3.      Orang yg didalam kubur seperti orang yang kelemasan bagi memohon doa daripada orang yang masih hidup.
4.      Orang didalam kubur diberi semula roh dan akal supaya mendapat nikmat atau azab berdsarkan kepada amalan masing-masing.
5.      Allah tidak menzalimi kita, tetapi kita yang menzalimi diri kita sendiri.
6.      Kubur boleh menjadi taman syurga, dan kubur boleh menjadi lubang neraka.
7.      Amalan Korban tanda syukur kita kepada Allah.
Amalan kita akan menjadi penghalang daripada di soal oleh malaikat munkar dan nankir.
8.      Di akhirat nanti Allah akan matikan makhluk mati supaya kita tidak mati lagi selepas itu untuk selama-lamanya.
9.      Didalam kubur, Allah pamirkan tempat tinggal kita nanti samaada syurga atau neraka pada waktu pagi dan petang.
10.  Hidup kita didunia adalah sementara. Mati adalah kiamat bagi diri kita.
11.  Solat sebagai syarat mendapat pahala. Jika kita tidak solat semua perbuatan baik yang kita lakukan tidak dapat pahala.
12.  Sunnah berwuduk dirumah utk pergi solat berjemaah disurau.
13. Melambatkan solat isyak bagi melakukan kebaikkan adalah sunnah.
14. Pelepah tamar yang dicucuk diatas kubur boleh meringankan azab orang yang didalam kubur selagi pelepah itu tidak kering.

Thursday, August 20, 2015

Kelebihan Berjalan Ke Masjid Dan Menunggu Sembahyang Berjemaah


Kelebihan Berjalan Ke Masjid Dan Menunggu Sembahyang Berjemaah:

Antara yg dijelaskan dalam video ini adalah:
1. Syahadah Org2 Syiah
2. Kisah Tanah Kosong Berhampiran Masjid Nabi Dan Kaum Bani Salamah Ingin Berpindah Dekat Dgn Masjid Nabi.
3. Dengan Mengucap Alhamdulillah Sahaja Sudah Cukup Timbangan Mizan.
4. Kisah Sahabat Yg Dijamin Syurga.
5. Org Yg Paling Besar Mendapat Pahala Disisi Allah Ialah Orang Yg Paling Jauh Daripada Masjid Dtg Sembahyang Berjemaah.
6. Makruh Bangkit Selepas Solat.
7. Jika Ada Org Kata Doa Beramai2 Selepas Solat Adalah Bidaan?
8. Melambatkan Waktu Isyak Disebabkan Oleh Majlis Ilmu,Tetamu Yg Hadir Kerumah.
9. Amalan Yg Boleh Menghapuskan Dosa Dan Meninggikan Darjat Disisi Allah, Yg Diajar Oleh Rasullullah

OlehUstaz Sansujali bin Awang

Monday, June 8, 2015

Puasa di bulan Ramadhan Bahagian 2

Kelebihan puasa dibulan Ramadhan 
Solat sunat sama dengan pahala solat wajib.Solat wajib dibulan Ramadhan diberi ganjaran 70 pahala solat fardu.Satu bulan berpuasa dibulan ramadhan,Allah ampunkan setahun dosa kita.
Allah buka pintu syurga dibulan Ramadhan. 
Disampaikan Oleh: 
Ustaz Sansujali bin Awang
Rujukkan Kitab: Mustika Hadis
Tarikh: 07 Jun 2015.

Sunday, June 7, 2015

Puasa di bulan Ramadhan bahagian 1

Disampaikan Oleh: 
Ustaz Sansujali bin Awang
Rujukkan Kitab: Mustika Hadis
Tarikh: 06 Jun 2015.

Saturday, June 6, 2015

Memberi Zakat Kepada Penanggung Nafkah

Memberi zakat kepada penanggung nafkah, beri zakat kepada yg berhutang dan Hukum meninggalkan puasa tanpa keuzuran boleh fasik. kafir jika salah cakap,Perlaksanaan hudud
Disampaikan Oleh: Ustaz Adnan Bin Sulaiman
Kitab Al-Fiqh Almanhaji
Mazhab Al Shafie
28 Mei 2015

Monday, June 1, 2015

Hidup Beragama Penentu Kehidupan Cemerlang

Disampaikan Oleh: 
Ustaz Sansujali bin Awang
Rujukkan Kitab: Riyadus Salihin
Tarikh: 30 Mei 2015

Friday, May 29, 2015

Memindahkan Zakat Dari Tempat Wajibnya

Disampaikan Oleh: Ustaz Adnan Bin Sulaiman
Kitab Al-Fiqh Almanhaji
Mazhab Al Shafie
28 Mei 2015

Monday, May 25, 2015

Kelebihan Solat Sunat Rawatib Sambungan 2

Kelebihan Solat Sunat Rawatib.
Solat Sunat Selepas Wuduk,Tahiyatul Masjid,Witir dan Duha.
Disampaikan Oleh: 
Ustaz Sansujali bin Awang
Rujukkan Kitab: Riyadus Salihin
Tarikh: 24 Mei 2015

Sunday, May 24, 2015

Thursday, May 21, 2015

Pengagihan Zakat


Disampaikan Oleh: Ustaz Adnan Bin Sulaiman
Kitab Al-Fiqh Almanhaji
Mazhab Al Shafie
21 Mei 2015

Sunday, May 17, 2015

Israk dan Mikraj Rasullullah

Disampaikan Oleh: 
Ustaz Sansujali bin Awang
Tarikh: 17 Mei 2015

Sirah Rasullullah, Israk dan Mikraj


Disampaikan oleh:
Ustaz Kamarulzaan bin Yakub
Bekas AJK Majlis Fatwa Negeri Melaka
Tarikh:16 Mei 2015

Saturday, May 16, 2015

Syarat sah zakat sebelum waktu wajib dikenakan zakat

Disampaikan Oleh: Ustaz Adnan Bin Sulaiman
Kitab Al-Fiqh Almanhaji
Mazhab Al Shafie
14 Mei 2015

Saturday, May 9, 2015

Cara Mengeluarkan Zakat


Disampaikan Oleh: Ustaz Adnan Bin Sulaiman
Rujukkan: Kitab Al-Fiqh Almanhaji Mazhab Al-Shafie
Tarikh:7 Mei 2015